Banjir Di Rompin Kembali Buruk, Mangsa Di Pindah Meningkat 125 Orang

by Oh! Semput


18
SHARES
228
VIEWS
Posted on 04 Mar 2017 05:00:51


KUANTAN: Banjir di Rompin kembali buruk malam Jumaat apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 125 orang daripada 34 keluarga berbanding 99 orang daripada 28 keluarga petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusof berkata sebuah lagi pusat pemindahan sementara dibuka petang ini iaitu di Balai Raya Kampung Rekoh, selepas Balai Raya Kampung Setajam yang mula beroperasi sejak Khamis.

"Di Kampung Setajam, jumlah mangsa kekal 99 orang daripada 28 keluarga manakala di Kampung Rekoh, seramai 26 mangsa daripada enam keluarga kini ditempatkan di balai raya di situ," katanya.

Bagaimanapun, Zainal mengesahkan setakat ini tiada jalan di Rompin yang ditutup akibat banjir. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts