Barber Bergelar Jutawan, Bank Silap Pindah RM66 Juta

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 15 Dec 2016 07:01:14

SEORANG pendandan rambut dari Lakhimpur Kheri di Uttar Pradesh, India hanya sempat bergelar jutawan segera selama sehari gara-gara sebuah bank di negara itu tersilap memindahkan wang ke dalam akaun peribadinya.

Tukang gunting yang dikenali sebagai Munna itu menerima wang ‘durian runtuh’ hampir Rp1 bilion (RM66 juta) menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbitnya ketika dia sedang bekerja di kedai gunting rambut miliknya.

Alangkah terkejutnya dia apabila mesej yang diterima itu memaklumkan wang berjumlah Rs999,999,999 (RM65,520,330) telah dipindahkan ke dalam akaunnya.

“Saya sangat terkejut apabila menerima mesej berkenaan dan pada mulanya menyangka ia dihantar rakan saya yang mahu bergurau.

“Apabila saya menunjukkan mesej itu kepada rakan saya, dia memberitahu bahawa itu mesej yang dihantar oleh bank,” katanya lapor Harian Metro.

Walau bagaimanapun pengurus bank berkenaan, AK Dwivedi memberitahu bahawa pihaknya telah menarik semula duit berkenaan dari akaun Munna.

Tukang Gunting Jutawan Sehari, Bank Silap Pindah RM66 Juta

Terdahulu insiden sama juga pernah berlaku kepada seorang jurutera mekanikal, Sandeep Tiwari ketika dia cuba mengeluarkan wang dari Bank State of India (SBI) namun mendapati baki yang terdapat di dalam akaun miliknya hampir mencecah Rs 1 juta. –MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts