Bekas Isteri Along Cham, Zila Seeron Dikecam Hebat Pengikut Kerana Membuka Hijab

by Oh! Semput


30
SHARES
396
VIEWS
Posted on 02 Feb 2017 12:00:10

Bekas isteri Along Cham yang juga seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-4, Zila Seeron dikecam hebat pengikut-pengikutnya di Instagram kerana memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dia seakan tidak lagi bertudung.

Bukan itu sahaja, malah rambut Zila yang diwarnakan blonde terang turut mendapat perhatian ramai. Meskipun menerima banyak komen-komen negatif dari pengikutnya di laman sosial, Zila bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklum balas.

Majoriti peminatnya meluahkan rasa kecewa melihat tindakannya itu yang mengubah imejnya sebelum ini ketika masih lagi bersama Along iaitu dengan bertudung dan menutup aurat.

Ada diantara pengikutnya turut menyamakan tindakan Zila itu seakan keputusan yang diambil oleh Uqasha Senrose sebelum ini yang mana tidak lagi berhijab setelah tiga tahun dengan penampilan wanita bertudung.

Tidak ambil hati pada komen-komen pengikutnya, Zila sebaliknya memuat naik sebuah video di aplikasi Smule dengan penampilan yang sama.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts