Bekas MP Tuaran, 156 orang lagi sertai UPKO

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 17 Dec 2016 03:00:26

Bekas MP Tuaran, 156 orang lagi sertai UPKO

PEMANGKU Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau menerima borang keanggotaan daripada bekas Anggota Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow pada majlis santai bersama Madius di Tuaran, malam ini. - Foto BERNAMA

TUARAN: Bekas Anggota Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow bersama 156 orang lagi dari di daerah Tuaran menyertai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di sini, malam ini.

Monggoh, yang juga Presiden Pertubuhan Pelestarian Bahasa Lotud Sabah, mewakili semua individu berkenaan menyerahkan borang keanggotaan kepada pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau pada majlis santai bersama Madius sambil disaksikan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran, Datuk Seri Hajiji Noor.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Monggoh berkata penyertaannya ke dalam UPKO bukan perkara baharu kerana dulu beliau pernah menjadi Bendahari Agung Parti Demokratik Sabah (PDS).

“Dulu UPKO dikenali sebagai PDS dan pada masa itu saya telah berjuang untuk rakyat dan kini saya mengambil keputusan untuk kembali bersama UPKO untuk mahu bersama berjuang demi rakyat Sabah.

“Kita lihat kerajaan pada masa ini di bawah pimpinan BN telah banyak memberi pembangunan kepada Sabah, tidak kira di bandar atau di kawasan bandar.

Sabab itu saya mengambil keputusan untuk terus berjuang bersama UPKO,” katanya. – BERNAMA


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts