Bella tunjuk karavan Syed Saddiq, lengkap tandas & tempat rehat -“Boleh solat on time…”

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 17 Jul 2026 10:34:38

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini meneruskan Larian Kesyukuran selama empat hari dengan sasaran mengumpul dana RM200,000 bagi membantu golongan yang memerlukan.

Di sebalik misi itu, persoalan mengenai lokasi beliau berehat akhirnya terjawab apabila Bella Astillah berkongsi keadaan sebuah karavan yang dijadikan ‘rumah bergerak’ sepanjang perjalanan.

Lengkap kemudahan asas sepanjang misi larian

Menerusi video yang dikongsikan akaun peminat, @teambassofficial, Bella memperlihatkan karavan yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas bagi memastikan Syed Saddiq dapat berehat dengan selesa sepanjang misi berkenaan.

Menurut Bella, karavan itu bukan sahaja mempunyai ruang tidur, malah turut dilengkapi dapur, tandas serta ruang khas untuk menunaikan solat.

“Saya sangat gembira kerana mempunyai karavan ini supaya Syed Saddiq boleh solat on time kerana perjalanan pun amat jauh selama empat hari.
“Tempat di dalam pun amat besar. Lengkap dengan tempat solat, tempat tidur, dapur dan tandas,” katanya.

Bella tak dapat sertai tapi akan beri sokongan penuh

Dalam masa sama, Bella memaklumkan dia tidak dapat menyertai larian tersebut, namun tetap memberikan sokongan penuh dan berharap misi itu berjalan lancar.

“Doakan semoga dia berjaya dan selamat. Saya tak dapat sertai dan hanya mampu beri sokongan dari jauh,” ujarnya.

Untuk rekod, Syed Saddiq memulakan Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman, Putrajaya menuju ke Laman Maharani, Muar pada Khamis.

Misi selama empat hari itu menyasarkan kutipan dana sebanyak RM200,000 untuk membantu golongan memerlukan, dengan jumlah sumbangan telah mencecah RM54,692 pada hari pertama.

: Instagram teambassofficial

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts