Singapura Buang Pekerja GovTech – Sasar Mengurangkan Sehingga 9% Pekerja

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 15 Jul 2026 17:04:18

Agensi bawah kerajaan Singapura, GovTech kini mengumumkan pengurangan pekerja, dan telah membuang sekitar 93 orang pekerja hari ini dibawah fasa pertama pengurangan pekerja. Secara keseluruhan, dalam tempoh dua tahun akan datang, sekitar 300 pekerja dijangka akan dibuang daripada agensi yang beroperasi dibawah Kenenterian Pembangunan Digital Dan Informasi Singapura berkenaan.

Pembuangan pekerja dalam sektor kerajaan boleh dikatakan sangat jarang didengari. Mengikut laporan, kali terakhir pekerja sektor kerajaan dikurangkan adalah antara 2006 ke 2010, dimana 20 orang pekerja meninggalkan pekerjaan dibawah skim khas.

Selain pengurangan pekerja, GovTech juga turut mengambil langkah melatih semula pekerja sedia ada untuk jawatan baharu. Ia turut ditekankan yang mana pengurangan pekerja ini adalah bukan disebabkan oleh AI, tetapi disebabkan oleh penstrukturan semula bagi meningkatkan kelancaran operasi, dan memenuhi pelbagai permintaan era digital baharu.

Pekerja yang dihentikan akan menerima pampasan berupa sebulan gaji untuk setiap tahun bekerja, dihadkan kepada 25 tahun.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts