BeONE Mobile Diperkenalkan Sebagai Perkhidmatan MVNO Terbaru Dikuasakan Rangkaian Maxis

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 28 Sep 2026 14:00:34

Sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi baru telah dibangunkan, dan ia adalah sebuah MVNO (Mobile Virtual Network Operator) baru yang bernama BeONE Mobile, yang membekalkan perkhidmatan rangkaian pra-bayar untuk pelbagai lapisan masyarakat dan perniagaan dengan fokus terhadap pembangunan komuniti setempat.

Sebagai sebuah perkhidmatan MVNO, rangkaian BeONE Mobile dikuasakan oleh rangkaian 5G Maxis. Buat masa ini, BeONE Mobile menawarkan pelan pra-bayar sahaja, bermula dengan pelan MNP yang bermula dari RM25, membolehkan pengguna untuk memindahkan nombor sedia ada mereka ke rangkaian BeONE Mobile, beserta dengan kuota data bermula dari 150GB ke 550GB sebulan dengan kelajuan rangkaian data 1000Gb/s dan panggilan percuma ke semua rangkaian.

Untuk nombor baharu pula, BeONE Mobile turut menawarkan pelan pra-bayar bermula dari RM30 dengan tawaran data 150GB sehingga RM48 sebulan untuk data 550GB. Kesemua pelan-pelan ini juga membolehkan pengguna untuk berkongsikan data internet kepada komputer tanpa had khusus. Pelan RM48 turut tampil dengan kuota data rayauan sebanyak 50GB ke negara-negara Singapura, Thailand dan Indonesia.

Keunikan BeONE Mobile hadir melalui penawaran untuk ejen-ejen jualan mereka. Penjualan kad SIM BeONE Mobile dibuat melalui ejen-ejen mereka di platform-platform seperti Shopee, Lazada dan juga TikTok Shop. Ini bermakna bahawa ejen-ejen BeONE Mobile tidak memerlukan lokasi fizikal untuk menjual kad-kad SIM mereka.

Lebih menarik lagi, ejen-ejen jualan ini juga akan menjadi ejen perkhidmatan pelanggan yang akan membantu pelanggan dalam proses peralihan nombor telefon, pendaftaran nombor telefon dan isu-isu perkhidmatan pelanggan yang lain.

BeONE akan melatih ejen-ejen mereka supaya mereka kenal dengan sebati dengan proses-proses yang perlu diketahui untuk menjadi seorang ejen yang berpengetahuan tentang selok-belok menawarkan perkhidmatan telekomunikasi ini kepada bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada mereka.

Dalam pada itu, BeONE Mobile juga akan memperkenalkan dua program baharu untuk menambahkan bilangan ejen-ejen mereka. Ini termasuklah Program Keusahawanan BeONE untuk Komuniti Seru-Pandu yang mana pemandu-pemandu perkhidmatan seru-pandu boleh menjadi ejen BeONE Mobile untuk menjana pendapatan tambahan.

Inisiatif SIM Komuniti akan dimulakan di kawasan Lembah Pantai untuk membolehkan orang ramai di kawasan tersebut untuk mendapatkan kad SIM komuniti BeONE untuk menggunakan rangkaian internet mereka untuk pelbagai jenis tujuan digital dan atas talian. Inisiatif ini akan dilanjutkan ke kawasan-kawasan lain di masa hadapan.

Anda boleh ke laman web BeONE Mobile untuk mengetahui lebih lanjut tentang penawaran perkhidmatan rangkaian pra-bayar mereka.

: BeONE Mobile

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts