by Oh! Semput
Insta360 sedia menempa nama pada arena global melalui penawaran kamera aksi 360-darjah. Menariknya, kini dengan pelbagai pihak menawarkan kaca mata pintar, hadir laporan mengatakan Insta360 turut sedang pertimbangkan untuk memperkenalkan kaca mata pintar mereka tersendiri.

Untuk makluman, Insta360 sedia mempunyai paten melibatkan kaca mata pintar. Melalui paten berkenaan, ia memberi petanda kaca mata pintar tersebut akan mempunyai bateri yang dihubungkan secara berasingan (melalui wayar tambahan), sekaligus memberikan masa penggunaan lebih lama, dan kemudahan untuk menggantikan bateri bila-bila masa.
Kaca mata berkenaan juga dijangka akan dilengkapi sokongan kecerdasan buatan, selari penawaran beberapa pihak lain, terutamanya Meta. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang akan disediakan oleh Insta360 melalui kaca mata pintar mereka kelak.