Tudung Naelofar Dibida Sampai RM700+, Netizen Pertikai Konsep Jualan – “Takkan Ustaz Haris Tak Tegur..”

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 26 Sep 2026 06:30:47

Sesi jualan secara live auction oleh jenama Naelofar mencuri perhatian netizen selepas harga bidaan bagi salah satu tudung dilihat mencecah lebih RM700.

Menerusi perkongsian yang tular di Threads, seorang pengguna mempersoalkan harga berkenaan selepas melihat paparan sesi bidaan untuk koleksi Naelofar X Soof Modal Shawl.

Advertisement

shawl neelofa

Berdasarkan paparan tersebut, salah satu tudung dilihat mempunyai harga bidaan sekitar RM725 hingga RM740, manakala beberapa koleksi lain ditawarkan pada harga yang lebih rendah.

Situasi itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang mempersoalkan konsep jualan melalui bidaan serta harga yang boleh meningkat jauh daripada harga asal.

Seorang pengguna mendakwa harga asal tudung berkenaan hanya sekitar RM170 sebelum harga bidaan meningkat.

“Really @naelofar?? Jual shawl main bid? Taktahu la ni cheap marketing ke apa tapi nonsense la harga tudung sampai RM700+, harga asal tudung tu RM170 je.”

Ada juga pengguna yang menyatakan mereka kurang bersetuju dengan konsep tersebut dan meminta agar perkara seperti itu tidak dianggap sebagai sesuatu yang biasa dalam urusan jual beli.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna secara sinis membayangkan harga bidaan berkenaan boleh meningkat lebih tinggi.

neelofa

“esok lusa brand china copy..jual 16 ringgit je..percaya la </div>


            <p><a target=SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts

Copyright © Oh! Semput 2018