Selepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal, Zahnita Wilson Kini Sah Isteri Farouk, Tiga Anak Perempuan Turut Hadir

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 26 Sep 2026 06:30:48

Pelakon dan model Zahnita Wilson akhirnya menamatkan zaman solonya apabila selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Farouk Osman Yunus, hari ini.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung secara sederhana di Cyberjaya, pagi Sabtu, 26 September 2026. Zahnita kelihatan cukup anggun dan berseri mengenakan busana pengantin berwarna putih ketika tiba di lokasi majlis.

Advertisement

zahnita

Lebih manis, tiga daripada anak Zahnita turut hadir bagi memeriahkan hari bahagia ibu mereka. Sebelum ini, Zahnita memang memaklumkan anak-anaknya menyambut baik keputusan untuk kembali berkahwin dan akan hadir pada hari pernikahannya.

Untuk rekod, Zahnita sebelum ini melalui fasa sebagai ibu tunggal selepas rumah tangganya bersama Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor berakhir pada Ogos 2025. Mereka dikurniakan empat cahaya mata sepanjang perkahwinan tersebut.

Tidak lama selepas itu, Zahnita membuka hati untuk mengenali Farouk yang bekerja dalam bidang kewangan. Mereka mula menjalin hubungan pada April lalu sebelum Farouk melamarnya tidak lama kemudian.

Zahnita sebelum ini berkongsi bahawa dia tertarik dengan sikap Farouk yang penyayang, mengambil berat serta mempunyai komunikasi yang baik dengannya.

Malah, dia mengakui tidak pernah menyangka akan kembali bergelar isteri dalam masa terdekat, namun memilih untuk memberi peluang kepada hubungan tersebut selepas merasakan mereka serasi. Kini, selepas melalui pelbagai episod dalam kehidupan peribadi, Zahnita secara rasmi membuka lembaran baharu bersama Farouk.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

n
2026-09-04 18:17:27

Zahnita Wilson Umum Bakal Nikah 26 September, Tunang Rupanya Jiran Kawasan Perumahan

Selepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal, Zahnita Wilson Kini Sah Isteri Farouk, Tiga Anak Perempuan Turut Hadir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts