“Tak Payah Datang Kubur Tuju Untuk Semua Anak, Saya Dah ‘Unfollow’ Mereka” – Abby Abadi

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 25 Sep 2026 03:00:58

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi, tampil menjelaskan kenyataannya sebelum ini yang meminta anaknya, Maria Danisha, supaya tidak hadir ke majlis pengebumiannya sekiranya dia meninggal dunia kelak.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, menjelaskan kenyataan tersebut bukan bertujuan mendoakan perkara buruk terhadap anaknya, sebaliknya merupakan luahan hati mengenai apa yang terbuku di dalam dirinya.

Advertisement

Menurut anggota kumpulan Elite itu, ucapan berkenaan ditulis sempena ulang tahun kelahiran Maria Danisha, namun perenggan seterusnya membincangkan isu lain yang berkaitan dengan perasaannya.

Saya beri ucapan hari lahir kepada dia pada peranggan pertama, yang peranggan lain-lain saya bercakap tentang isu lain. Bila orang kata saya mendoakan yang tidak baik, itu tidak benar.

Abby turut menjelaskan maksud di sebalik permintaannya supaya anak-anak tidak hadir ke majlis pengebumiannya nanti.

Saya tulis ‘jangan datang’, itu adalah kenyataan bukan satu doa. Kenyataan itu adalah apa yang terbuku di hati saya. Ada yang kata saya berdengki apabila ada pihak buat majlis sambutan hari jadi anak saya.

Ada yang kata saya cari gaduh dengan anak sebab dengki dengan majlis itu, saya tidak tahu fasal majlis tersebut kerana sudah ‘unfollow’ mereka.

Kenyataan itu bukan ditujukan kepada Danisha sahaja, saya tujukan kepada anak-anak yang lain. Kalau saya masih hidup pun tak sudi nak bersama mama, jadi masa meninggal pun jangan datang lah.

Abby berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi.

Dalam pada itu, Abby berkata dia sudah banyak bertolak ansur termasuk masih menjalinkan hubungan baik dengan individu yang didakwa pernah menyakiti dirinya.

Selama hari ini saya mengalah dengan banyak perkara termasuk orang yang pernah menyakiti hati dan hancurkan kehidupan saya pun, saya masih baik dengan dia.

Abby Nafi Belum Move On Dengan Norman Hakim

Pada masa sama, Abby turut menafikan dakwaan bahawa dirinya masih belum melupakan bekas suami, Norman Hakim.

Saya tak move on dengan Norman Hakim? Kalau ada kata begitu maksudnya saya masih mahukan Norman, sedangkan itu tidak berlaku.

Apa yang saya luahkan bukan berniat mahu memperbesarkan keadaan, perkara itu berkait dengan Norman sebab itu adalah anak dia.

Terdahulu, ucapan Abby sempena ulang tahun kelahiran Maria Danisha mencuri perhatian apabila dia menyelitkan luahan mengenai perasaannya terhadap sikap anak-anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abby Abadi
2026-09-17 14:01:28

"Mama, Abah Sakit Ke Meninggal Jangan Datang.." - Ucapan Hari Lahir Abby Abadi Buat Anak Jadi Tumpuan, Akui Menyesal Nikah Dengan Norman Hakim

 

“Tak Payah Datang Kubur Tuju Untuk Semua Anak, Saya Dah ‘Unfollow’ Mereka” – Abby Abadi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts