Wujud Sistem Kasta Dalam Penjara? Peguam Dedah Realiti Sebenar – “Pengalaman Saya Sendiri…”

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 26 Sep 2026 03:00:47

Peguam dan pencipta kandungan, Aminahtul Mardiah berkongsi pandangan mengenai dakwaan bahawa wujud sistem kasta dalam kalangan banduan di penjara negara ini.

Ketika ditemui media, Aminahtul yang berpengalaman sebagai peguam jenayah berkata, setiap dakwaan perlu diteliti berdasarkan fakta dan bukti sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Advertisement

aminahtul mardiah realiti penjara

Menurutnya, seseorang peguam tidak boleh mengesahkan sesuatu perkara hanya berdasarkan cerita yang disampaikan oleh anak guam tanpa mengetahui sendiri keadaan sebenar.

“Pengalaman saya sendiri sebagai seorang peguam jenayah yang ada anak guam, kita dengar macam-macam cerita cuma kita tidak menyaksikan sendiri.”

“Jadi dari pihak peguam, selagi kita tidak pastikan, kita tidak boleh sahkan ia berlaku atau tidak.”

Bagaimanapun, Aminahtul menjelaskan bahawa sekiranya seseorang anak guam membuat aduan mengenai perkara yang berlaku di penjara, pihak peguam mempunyai hak untuk membuat laporan kepada Jabatan Penjara.

Katanya, aduan tersebut kemudiannya boleh disiasat dan pihak peguam akan menerima maklum balas daripada Jabatan Penjara.

“Contohnya, kena pukul dengan kayu, jadi kita akan ambil laporan itu dan buat laporan untuk disiasat dan selalunya Jabatan Penjara akan memberi maklum balas.”

Dalam pada itu, Aminahtul berkata dakwaan berkaitan keadaan di dalam penjara tidak boleh disahkan hanya berdasarkan cerita atau kenyataan daripada pihak tertentu.

Yasin Sulaiman Tarik Balik Dakwaan Mengenai Penjara, Mohon Maaf Kepada Jabatan Penjara

Jelasnya, individu yang pernah melalui sendiri pengalaman berada di dalam penjara merupakan pihak yang lebih mengetahui keadaan sebenar.

“Bagi kenyataan yang dikeluarkan oleh individu-individu yang berpengalaman di penjara, mengatakan ada dadah atau kasta..sebenarnya mereka sahaja yang tahu.”

“Mereka sahaja yang melaluinya. Yang boleh sahkan hanya mereka yang ada ‘di dalam’, saya tidak berada di situ.”

Tambah Aminahtul, perkara paling penting bagi seorang peguam adalah memastikan keselamatan serta kepentingan anak guam yang masih berada di dalam penjara.

“Bila kita dengar cerita daripada anak guam, kita tidak kecohkan tentang ini sebab kita nak mereka selamat di dalam penjara dan tidak mahu ada sebarang masalah berlaku.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

EL AZMAN
2026-09-24 15:19:09

"Ex Wife Pun Tak Meminta" - El Azman Dedah Beri Nafkah Tak Berkira, Pernah Hulur Hingga RM100K Buat Belanja

Wujud Sistem Kasta Dalam Penjara? Peguam Dedah Realiti Sebenar – “Pengalaman Saya Sendiri…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts