by Oh! Semput
INDIA – Tindakan seorang kakitangan sebuah hospital swasta mematahkan kaki seorang bayi baru lahir dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Rakaman CCTV menunjukkan, suspek sebelum itu sedang berehat seketika di bilik tersebut, di mana mangsa ditempatkan. Apabila mangsa mula menangis, lelaki itu datang menghampiri mangsa dan dengan menarik kakinya dengan kuat ketika menukar lampinnya.
Doktor hanya menyedari kaki mangsa tpatah semasa temujanji yang seterusnya, kata seorang pegawai kanan polis.
“Bayi saya didera oleh lelaki itu sepanjang malam, malah dia juga turut patahkan kaki anak saya,” dakwa bapa mangsa.
Ekoran kejadian itu keluarga mangsa membuat laporan polis. Kakitangan berkenaan telah ditahan dan polis kini sedang menjalankan siasatan