Beratus kanak-kanak cedera, sakit perlu tinggalkan Aleppo

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 08 Dec 2016 18:01:07

WANITA dan kana-kanak dipindahkan dari Aleppo. – Foto REUTERS

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini sekali lagi mengulangi gesaan gencatan senjata serta merta di Aleppo sambil memberi amaran kira-kira 500 kanak-kanak yang cedera dan sakit perlu segera dipindahkan dari kawasan yang dikepung tentera rejim.

“Pertempuran perlu dihentikan,” kata Jan Egeland, Ketua Pasukan Petugas Kemanusiaan PBB yang disokong Syria memberitahu wartawan di Geneva sambil merujuk bahawa pada ketika ini orang awam mempunyai peluang kecil untuk melepaskan diri dari kawasan bergolak itu.

“Mereka yang cuba keluar dari timur Aleppo terperangkap dalam pertempuran dan risiko ditembak oleh penembak hendap,” katanya.

“Beberapa ratus kanak-kanak yang sakit dan cedera perlu segera diselamatkan,” tambahnya.

Katanya, mesyuarat pasukan petugas PBB diberitahu sekurang-kurangnya 500 kanak-kanak memerlukan pemindahan perubatan.

Namun, Egeland tidak yakin Washington dan Moscow boleh mencapai persetujuan untuk mengelak lebih banyak kematian di Aleppo. – AFP

Category: Dunia


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts