by Oh! Semput
Pendakwah bebas, PU Syed mempunyai pendapat yang berbeza dengan sahabatnya, PU Rahmat Ikhsan dalam isu wanita yang menyertai misi berbahaya seperti yang sedang dijalani beberapa pihak menerusi Global Sumud Flotilla 2.0.
Dalam perkongsiannya di Facebook, PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak Benyahya menyatakan dirinya tidak akan membenarkan jika isterinya mahu menyertai misi terbabit secara langsung.
Jelasnya, tanggungjawab seorang isteri lebih besar kepada anak-anak, lebih-lebih lagi banyak perkara perlu dijaga memandangkan ia melibatkan permusafiran dalam tempoh waktu yang lama.

Walau bagaimanapun, PU Syed yakin mereka yang menyertai misi tersebut sudah mengkaji mengenai isu-isu terbabit dan tetap mendoakan agar urusan mereka dipermudah.
Beliau juga sempat menyatakan bahawa kenyataan dibuat oleh PU Rahmat tempoh hari sekadar berseloroh, namun ia terdengar agak kasar.
Jadi, beliau mendoakan agar pendakwah berkenaan bertemu dengan jodohnya sewaktu menyertai misi terbabit.

Sebelum ini, PU Rahmat telah mengeluarkan kenyataan melibatkan isu wanita yang menyertai misi kemanusiaan.
Tindakan tersebut bagi mempertahankan Nadzmi Adhwa yang memberi keizinan buat isterinya, Ardell dalam menyertai sekali lagi Global Sumud Flotilla 2.0 memandangkan ia cukup berisiko, melihat daripada misi sebelum ini.
Namun begitu, beliau tampil memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya sehingga menyentuh hati banyak pihak, terutamanya para suami yang berbeza pendapat dengan apa yang dinyatakan.
: Facebook PU Syed