Berita Palsu Pelakon Ary Malik Baru Sahaja Meninggal Dunia

by Oh! Semput


16
SHARES
214
VIEWS
Posted on 28 Feb 2017 10:00:58


Heboh di media sosial mengatakan pelakon cantik Ary Malik yang dipercayai sedang bertarung dengan penyakit kanser meninggal dunia sejak tengah hari tadi.

Satu laman sosial yang popular juga turut memuat naik status melalui laman blog dan facebook page menyatakan pelakon itu telah meninggal dunia.

Menerusi laporan Sinar Harian, akhbar itu menafikan berita ini yang mendakwa Ary Malik telah meninggal dunia. Sehingga saat ini, keadaan Ary atau Maliha Aryanee Malik, 46, masih lagi kritikal dan masih mendapat rawatan rapi di Hospital Ampang.

Berbagai ucapan takziah dari orang ramai berkaitan dengan berita palsu itu.

Ary yang disahkan menghidap kanser ovari semenjak setahun lalu merupakan peserta program masakan Masterchef Selebriti Malaysia bagi musim pertama dan juga telah banyak menjayakan drama-drama dan filem-filem terbaik di Malaysia. -

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts