Berita Sabah: 10 menara telekomunikasi bakal dibina

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 04:00:25

KINABATANGAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak mengumumkan pembinaan 10 menara telekomunikasi di Kinabatangan bagi meningkatkan pencapaian jalur lebar di luar bandar.

Beliau berkata ia selaras komitmen kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan kemudahan dan prasarana internet di negeri Sabah.

“Pembinaan menara ini sejajar dengan permintaan rakyatdikawasanKinabatangan terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang masih belum menikmati kemudahan berkenaan,” katanya.

Salleh berkata bagi kawasan yang terpencil seperti di pedalaman dan pulau, kaedah baru penggunaan satelit akan digunakan seperti yang telah dilaksanakan di Sarawak.

“Atas pemintaan Dato Sri Bung Moktar, kawasan pulau di Kinabatangan ini juga kita akan sediakan kemudahan jalur lebar menggunakan kaedah satelit,” katanya.

Beliau meminta Pejabat Daerah Kinabatangan menghantar segera surat permohonan kepadanya selewat- lewatnya bulan Januari agar pihaknya dapat menyediakan kemudahan itu tahun depan.

“Kita akan pastikan di Kinabatangan semua kawasan akan menikmati kemudahan jalur lebar dan merasai dunia internet,” katanya ketika melancarkan Dashboard Komuniti dan Keusahawanan, di sini, kelmarin.

Program itu adalah anjuran Pusat Internet 1Malaysia, Kluster Kinabatangan dan Pejabat Daerah Kinabatangan.

Salleh berkata kerajaan akan memastikan infrastruktur internet dapat disediakan kepada rakyat untuk semua kawasan termasuk di pedalaman.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts