by Oh! Semput
Kementerian Pengangkutan (MOT) kini sedang memperincikan dasar lebih fleksibel bagi membolehkan industri e-hailing memperkenalkan perkhidmatan perkongsian kenderaan atau ‘carpool’.

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, langkah ini dilihat mampu membantu pengguna mengurangkan kos perjalanan selain memberi pilihan lebih menjimatkan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan cadangan tersebut bukan perkara baharu kerana beberapa syarikat sebelum ini sudah melaksanakan pembuktian konsep bagi perkhidmatan itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan MOT hari ini.
Dalam masa sama, MOT menjangkakan lebih ramai rakyat akan beralih kepada pengangkutan awam dan kenderaan elektrik (EV) sebagai langkah penjimatan susulan konflik di Asia Barat.

: Malaysia Gazette (Shawaliah Hadir)