“Iron Man” Dan Snap Berkolaborasi Lancar Cermin Mata AR Berharga RM10,000

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 22 Oct 2026 04:00:09

Robert Downey Jr. (RDJ) yang terkenal sebagai “Iron Man” dalam filem terbitan Marvel kini menjadi duta rasmi bagi cermin mata realiti terimbuh (AR) terbaru keluaran Snap, iaitu SPECS.

Kerjasama ini menandakan usaha agresif Snap untuk memperkenalkan teknologi AR kepada pengguna arus perdana melalui figura yang sinonim dengan inovasi dan teknologi.

RDJ akan membintangi siri video yang memperlihatkan penggunaan SPECS dalam kehidupan seharian, termasuk ketika bekerja, bermain golf, menonton televisyen dan meneroka idea kreatif.

Kempen tersebut turut dijadualkan membuat penampilan di acara sukan utama Amerika Syarikat seperti pembukaan musim NBA dan Siri Dunia Besbol.

“Iron Man” Dan Snap Berkolaborasi Lancar Cermin Mata AR Berharga RM10,000

Snap turut mengumumkan bahawa SPECS  akan ditawarkan dalam dua varian, dengan model Wi-Fi berharga AS$2,195 (~RM9,450) manakala versi 5G Verizon dijual pada harga AS$2,395 (~RM10,300).

Cermin mata AR ini menyokong kawalan melalui arahan suara dan gerakan tangan, membolehkan pengguna berinteraksi dengan kandungan digital yang dipaparkan di dunia nyata secara lebih intuitif.

Malah, Downey Jr. turut diberikan gelaranKetua Pegawai Pengalaman Pelanggan (CCEO), di mana beliau akan membantu membentuk pengalaman pengguna, pembangunan kandungan serta hala tuju produk pada masa depan.

Buat masa ini, SPECS hanya boleh dipesan di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Perancis.

{suggest}

“Iron Man” Dan Snap Berkolaborasi Lancar Cermin Mata AR Berharga RM10,000 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts