by Oh! Semput
Seorang pendakwah dikenali sebagai Ustaz Mokhtar Yaakob telah meluahkan kekwatirannya apabila melihat trend sesetengah pihak yang berlumba-lumba pergi umrah namun tidak pula mempraktikkan ibadah tersebut selepas pulang ke Tanah Air.
Menerusi perkongsian video di TikTok Pejuangsubuh, ustaz berkenaan menyatakan yang ada pihak kerap menceritakan tentang nikmat solat berjemaah di Tanah Suci, namun tidak pula mengimarahkan masjid atau surau di kawasan kediaman sendiri.
@pejuangpondok8734
Dalam pada itu, beliau juga bercerita yang ramai jemaah gigih bangun di awal waktu untuk sama-sama berjemaah pada awal pagi bagi menunaikan solat subuh tetapi perkara tersebut berbeza selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji atau umrah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran dibuat pendakwah berkenaan kerana melihat trend orang ramai yang berlumba-lumba pergi umrah.
Ada di antara mereka juga mendakwa sesetengah individu ke Tanah Suci atas alasan mengerjakan umrah seperti makan angin kerana lebih banyak memuat naik gambar di media sosial.
: TikTok pejuangsubuh