BERSATU akan runding dengan PAS hingga tahun depan, kata Muhyiddin

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 13 Dec 2016 12:00:57

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberikan masa sehingga tahun depan untuk berunding dengan PAS yang sehingga kini masih belum bersetuju untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan pembangkang, kata Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin.

Tempoh itu diperlukan sebelum keputusan dibuat untuk menutup pintu terhadap parti Islam itu, kata Muhyiddin.

“Sentiasa mesti ada tempoh. Tapi, untuk berlaku adil kepada parti itu, kerana (kita baru) mengadakan mesyuarat pertama (antara kita).

“Kita perlu membenarkan (sehingga) bulan depan … tahun depan,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian bersama kerangka kerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Beliau memberitahu rakan-rakan HARAPAN semasa mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu yang diadakan sebelum ini.

Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau telah bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Mat minggu lalu.

[Berita penuh menyusul]

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts