Bersedia bantu mangsa banjir

by Oh! Semput


8
SHARES
102
VIEWS
Posted on 01 Jan 2017 02:01:10

Kota Bharu: Semua anggota penyelamat tidak dibenarkan bercuti dan bersiap siaga membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, mereka bertugas untuk membantu mangsa banjir dan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk yang terjejas.

Beliau berkata, anggota keselamatan bertindak cepat dan berjaya memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara sebelum paras air terus meningkat.

“Dari segi makanan juga mencukupi dan kita sentiasa berada di pengakalan hadapan untuk membantu mereka.

“Penduduk yang terbabit dengan bencana juga harus diberi layanan yang baik,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, malam tadi.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya menjaga keselamatan anak-anak di musim tengkujuh ini.

Shahidan akan membuat lawatan ke beberapa pusat pemindahan di Kelantan, hari ini.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts