Pak Lah: Biarkan yang pergi, Umno kekal selagi berkhidmat

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 14 May 2017 07:00:11

Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak akan mengkhianati parti yang diperjuangakan oleh datuk dan ayahnya, sebelum dan awal kemerdekaan negara. ― Foto oleh Yusof Mat IsaTun Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak akan mengkhianati parti yang diperjuangakan oleh datuk dan ayahnya, sebelum dan awal kemerdekaan negara. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 14 Mei ― Tun Abdullah Ahmad Badawi menggesa Umno lebih memfokuskan khidmat kepada rakyat dan mengurangkan perhatian kepada bekas pemimpin yang menyokong pembangkang.

Tanpa menyebut individu yang dimaksudkan, bekas perdana menteri itu berkata langkah tersebut penting bagi memastikan sokongan rakyat kepada Umno berterusan.

“Saya fikir kita juga perlu mengurangkan perhatian kepada bekas pimpinan atau ahli Umno yang telah memihak kepada pembangkang. 

“Sebaliknya kita perlu terus memberikan fokus yang tidak berbelah bahagi melalui khidmat kepada masyarakat,” katanya yang mesra disapa Pak Lah dalam wawarancara Mingguan Malaysia hari ini. 

“Ini adalah penting agar rakyat terus memberikan sokongan kepada Umno untuk memimpin negara dan membawa lebih banyak perubahan dan pembangunan demi kesejahteraan rakyat.” 

Bekas presiden Umno itu menjawab soalan akhbar itu tentang kesetiaannya kepada Umno berbanding bekas pemimpin lain sehingga menubuhkan parti politik.

Dalam temubual itu, beliau menegaskan tidak sesekali “mengkhianati” parti yang diperjuangakan oleh datuk dan ayahnya, sebelum dan awal kemerdekaan negara.

“Bagi saya, individu atau pemimpin akan datang dan pergi. Umno akan terus kekal selagi mana ahlinya terus setia dan berkhidmat kepada rakyat dengan penuh keikhlasan.

“Ahli Umno perlu kurangkan perkelahian atau pertelingkahan yang akhirnya hanya akan memudarat parti dan ahlinya,” katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts