MRT Corp. Buka Bidaan Ruang Niaga Di Bawah Stesen

by Oh! Semput


8
SHARES
101
VIEWS
Posted on 23 Feb 2017 11:00:41

Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) akan membuka tender ruang niaga di stesen bawah tanah Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh – Kajang (SBK) esok.

Pengarah Pengurusan Komersial dan Darat MRT Corp, Datuk Haris Fadzilah berkata, stesen tersebut adalah Bukit Bintang dengan jumlah lot yang dibuka sebanyak tiga lot, Muzium Negara (satu lot) dan Tun Razak Exchange (TRX) (tiga lot).

Katanya, MRT Corp. mengalu-alukan perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengambil bahagian dalam tender itu.

Ujar beliau, pemohon yang berpotensi hendaklah mempunyai modal berbayar minimum RM500,000 dan pengalaman minimum tiga tahun dalam perniagaan mereka.

“Ruang niaga di ketiga-tiga stesen ba­wah tanah berkeluasan antara 77 meter persegi hingga 122 meter persegi dan jauh lebih besar berbanding ruang niaga di stesen bertingkat.

“Saya percaya dengan lokasi stesen dan jumlah pengguna tren yang dijangka menggunakan laluan SBK apabila keseluruhan jajaran dibuka, memberi peluang kepada peniaga yang berjaya dalam permohonan tender ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MRT Corp. mencari perniagaan yang menarik dan menawarkan perkhidmatan dan produk yang bersesuaian dengan gaya hidup yang pantas dalam cara hidup bandar.

Para pemohon yang berjaya akan dipilih menurut pada penilaian permohonan terbaik dan MRT Corp. berhak untuk tidak menerima tawaran ter­tinggi.

Butiran berkenaan permohonan ini akan diumumkan pada sesi taklimat yang akan diadakan esok di Kafeteria Tingkat 5, Menara I & P1, Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi.

Permohonan dokumen boleh diperolehi selepas sesi taklimat dengan harga dokumen tersebut adalah RM212 dan hanya boleh dibayar menggunakan cek ataupun bank draf.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts