Biodata Mas Anizan, Pelakon Drama Sara Sajeeda

by Oh! Semput


66
SHARES
863
VIEWS
Posted on 03 Oct 2019 18:03:13

Home tambahan selebriti

Biodata Mas Anizan, Pelakon Drama Sara Sajeeda


Kredit foto: Instagram Mas Anizan

    

Mas Anizan merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mencipta nama dalam bidang lakonan pada sekitar era 1990-an.

Beliau membuat kemunculan semula menerusi drama rantaian terbaharu, Sara Sajeeda yang turut menampilkan pelakon Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt dan Anmol Baloch.

Drama arahan Eoon Shuhaini itu bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

   

Biodata

1. Nama lengkapnya, Datin Mas Anizan Mohamed Shahid, namun dikenali ramai sebagai Mas Anizan.

2. Berusia 46 tahun (2019).

3. Kelahiran Teluk Intan, Perak.

4. Mula menempa nama sebagai aktres sekitar era awal 90-an.

5. Drama televisyen sulungnya berjudul Sesat Dalam Cahaya pada tahun 1990. Manakala kemunculan pertamanya di layar perak menerusi filem Antara Gadis.

6. Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ali Bapoo yang juga seorang ahli perniagaan pada 1993. Hasil perkongsian hidup, mereka menimang dua orang cahaya mata iaitu Mas Aliza, 24 dan Muhamad Masli Daniel, 19. Bagaimanapun suaminya meninggal dunia pada 2008.

7. Anak sulungnya, Mas Aliza kini berkhidmat di sebuah bank, sementara anak keduanya, Daniel menceburi bidang masakan sebagai cef.

8. Mas Anizan sekali lagi berkahwin dengan suami baharu yang dirahsiakan identitinya, beberapa tahun berikutnya dan dikurniakan seorang zuriat bernama Ariana Marrisa, 5.

9. Membuat kemunculan semula pada 2009 menerusi drama Senandung Si Dayang dan beberapa iklan komersial.

10. Sekali lagi membuat 'comeback' pada 2019 dengan membintangi drama Salam Skuad sebagai pelakon jemputan, sebelum terbabit dalam drama bersiri slot Samarinda, Sara Sajeeda.

    

Fakta Menarik

  • Dikenali ramai menerusi identitinya yang bermata galak dan berambut panjang.
  • Merupakan teman baik kepada pelakon Zarina Zainuddin.
  • Sebelum ini beliau pernah hilang dari radar dunia hiburan selama hampir dua dekad.
  • Kembali mewarnai dunia seni kerana ingin mengikut jejak rakan seperjuangannya seperti Zarina Zainuddin, Anne Abdullah, Aleza Shadan dan Dilla Ahmad.

   

Foto

Kredit foto: Instagram Mas Anizan

   

Video

Kredit video: 11 Tahun Berlalu, Mas Anizan & Mas Aliza Masih Terasa Kehilangan!

   

:

1. Suasana Baharu, Mas Anizan Berdebar

2. 'Kenapa Mesti Nak Kaitkan Dengan Rumah Tangga?'

3. Wikipedia Slot Samarinda

   

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts