[Video Jelas] ‘Bising’ depan Najib, David Teo kena tampar artis veteran

by Oh! Semput


11
SHARES
145
VIEWS
Posted on 17 May 2017 15:01:55

David ditampar oleh pelakon veteran Sulaiman Yassin selepas gagal mendapat peluang berucap di majlis itu. ― Paparan skrin YouTubeDavid ditampar oleh pelakon veteran Sulaiman Yassin selepas dikatakan kurang "beradap" di majlis itu. ― Paparan skrin YouTube

PUTRAJAYA, 16 Mei — Ketua pegawai eksekutif MiG David Teo ditampar di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis yang diadakan malam ini.

David ditampar oleh pelakon veteran Sulaiman Yassin selepas dikatakan kurang "beradap" di majlis itu.

Penerbit berkenaan mendakwa Rosyam Nor selaku moderator pada majlis itu hanya memberi peluang kepada hadirin yang berada di hadapan untuk berucap.

Lebih 400 artis, karyawan dan penggiat seni tanah air hadir pada program dialog berkenaan dengan sesi dialog dikendalikan pelakon, Datuk Rosyam Nor.

Program diadakan bertujuan mendengar sebarang isu berbangkit berkaitan industri selain aspirasi dan harapan penggiat seni bagi tiga dekad akan datang menjelang TN50.

 

UPDATE TERBARU:

Mat Over dah berdamai dengan David Teo sebelum program berakhir.

Kekecohan kecil yang tercetus membabitkan insiden pelawak Sulaiman Yassin menampar penerbit filem David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Razak, berakhir dengan baik apabila kedua-dua penggiat seni tanah air itu berdamai.

Insiden bermula apabila Teo seolah-olah mempersoalkan cara Rosyam mengendalikan sesi berkenaan kerana didakwa tidak melihat ke belakang dalam memilih penggiat seni untuk menyuarakan pandangan. Program disiarkan secara langsung menerusi segmen FB Live di laman sosial Facebook itu, memperlihatkan Rosyam menegur Teo yang dianggap tidak menghormati Perdana Menteri.

Rosyam kemudian memberi laluan kepada Teo menyatakan pandangan dan pengarah filem itu mula berpantun. Bagaimanapun, belum sempat Teo menghabiskan pantunnya, Mat Over tiba-tiba tampil lalu menampar Teo.

Kejadian spontan itu segera dileraikan oleh pasukan keselamatan dan kedua-duanya dibawa keluar dari tempat dialog berlangsung. Ia turut menjadi viral di pelbagai platform media sosial.

UPDATE SELEPAS PROGRAM:

Penjelasan David Teo selepas insiden "tampar".

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts