PMX AI Kini Boleh Diakses Melalui WhatsApp – Berinteraksi Terus Dengan Kembar Digital PM Anwar Ibrahim

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 18 Jul 2026 14:03:55

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini secara rasminya memperkenalkan avatar atau kembar digital beliau tersendiri, dinamakan PMX AI melalui WhatsApp. Menggunakannya, pengguna boleh bertanyakan pelbagai persoalan, disamping berkongsikan pandangan, kebimbangan dan juga aspirasi secara terus kepada PMX AI.

PMX AI dibangunkan oleh Zetrix AI, dan merupakan salah satu inisiatif Parti Keadilan Rakyat. Ia dikuasakan melalui platform Avatar.inc yang dibangunkan oleh Zetrix AI.

PMX AI ini dilatih menggunakan pelbagai tulisan, ucapan, dan rekod dasar kerajaan sepanjang pemerintahan PM Anwar Ibrahim. PMX AI juga akan terus dilatih dengan pelbagai kemaskini data dan kenyataan yang terkini. Langkah pengenalan PMX AI ini dikatakan merupakan usaha dalam memodenkan tadbir urus, selain memastikan kerajaan lebih mudah diakses.

Bagi anda yang berminat, boleh mengakses PMX AI melalui WhatsApp hari ini, dan bertanyakan terus berkenaan pelbagai perkara kepada kembar digital PM Anwar Ibrahim ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts