2 Cara Ini Boleh Jadikan PC Windows Anda Boot Lebih Pantas

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 12 Aug 2026 07:30:18

Jika anda adalah salah seorang pengguna yang selalu mengeluh kerana PC anda mengambil masa terlalu lama untuk bermula (boot), sehingga menyebabkan produktiviti terganggu, anda bolehlah langkah-langkah berikut:-

  • Tekan butang kekunci Windows dan butang R (Windows + R
  • Dalam kotak tetingkap Run yang muncul di paparan, taip Sysdm.cpl dan tekan butang OK

  • Kemudian akan dipapar System Properties, di sini pilih tab Advanced dan pada bahagian Performance tekan Settings…

  • Seterusnya, ia memaparkan tetapan bagi Perfomance Option, pilih tetapan Adjust for best performance dan tekan butang OK.

Tetapan ini akan membatalkan ciri-ciri visual yang mungkin tidak diperlukan anda ketika mengguna PC.

Satu lagi yang boleh anda lakukan untuk menjadikan PC anda boot dengan lebih pantas adalah dengan mengubah tetapan BOOT Advanced Options.

  • Masih di tetingkap Run (Windows + R), taip Msconfig dan tekan OK

  • Akan muncul paparan System Configuration, pilih tab Boot
  • Seterusnya pilih Advanced options… dan tandakan pada Number of processor

  • Di sini, anda tetapkan kepada nilai tertinggi yang ada ditawarkan untuk PC anda

  • Akhir sekali, tekan butang OK dan selesai.

Anda boleh cuba boot PC anda sekarang dan rasai perbezaannya.

Tip ini sesuai untuk pengguna harian yang mahukan pengalaman lebih efisien tanpa perlu membeli perkakasan baharu.

Semoga, dengan tips ringkas ini, PC Windows anda dapat boot lebih pantas dan lebih lancar.

{suggest}

2 Cara Ini Boleh Jadikan PC Windows Anda Boot Lebih Pantas WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts