Router Zbtlink Dan Wiflyer Dari China Didakwa Wujud Pintu Belakang Tersembunyi

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 11 Aug 2026 11:00:13

Syarikat keselamatan siber VulnCheck dilaporkan menemui kewujudan pintu belakang (backdoor) tersembunyi pada router jenama China.

Dinamakan sebagai Endlessdoors, kewujudannya dilaporkan ditemui dalam lebih 20 model router Zbtlink dan Wiflyer buatan China.

Penemuan ini mengejutkan kerana dianggarkan lebih 100,000 unit telah digunakan di seluruh dunia, termasuk oleh perniagaan kecil dan pejabat rumah.

Router tersebut didapati menghantar isyarat ke alamat IP dan domain berdaftar di China setiap 35 saat.

Jika dikawal pihak tertentu, penyelidik keselamatan mendakwa pintu belakang ini berpotensi membolehkan pengambilalihan penuh ke atas router serta akses kepada semua peranti dalam rangkaian pengguna.

Risiko ini amat membimbangkan kerana kebanyakan pengguna tidak menyedari bahaya tersembunyi yang boleh menjejaskan keselamatan data mereka.

Barat sebelum ini telah memberi amaran tentang risiko peralatan rangkaian buatan China yang boleh digunakan untuk pengintipan.

Malah, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat baru-baru ini melarang import router asing baharu atas alasan keselamatan negara.

Walaupun tujuan sebenar pintu belakang ini masih tidak jelas dan belum terbukti digunakan, pendedahan ini menambah kebimbangan terhadap isu keselamatan teknologi global.

{suggest}

Router Zbtlink Dan Wiflyer Dari China Didakwa Wujud Pintu Belakang Tersembunyi WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts