Bomba & Penyelamat Selamat 19 Pelajar UM "Sesat" Di Bukit Fraser

by Oh! Semput


10
SHARES
129
VIEWS
Posted on 07 May 2017 15:02:06

KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menyelamatkan 19 penuntut Fakulti Perubatan Universiti Malaya yang sesat ketika mendaki Bukit Fraser di Raub dekat sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Raub Khairul Anuar Yaacob berkata, kumpulan itu yang terdiri daripada 12 lelaki dan 7 wanita menyedari mereka sesat selepas hampir 4 jam memulakan pendakian di laluan Bishop dan Maxwell pada 3 petang semalam.
“Seorang daripada mereka menghubungi bomba pada 6.45 petang mengatakan mereka sesat dan memaklumkan 3 anggota pasukan mereka tidak dapat bergerak kerana kesejukan.”
“Aktiviti mencari dan menyelamat bermula pada 8.20 malam dan semua mereka ditemui dalam keadaan selamat sejam kemudian sebelum berjaya dibawa keluar pada 10.10 malam,” katanya semasa dihubungi hari ini.
Operasi itu turut disertai 3 penduduk tempatan dan 7 anggota polis, katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts