Bomba selamatkan budak hiperaktif terjun flet

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 17:00:28

KUALA LUMPUR: Anggota Bomba dan Penyelamat Balai Pandan menyelamatkan seorang kanak-kanak hiperaktif daripada terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flet Pandan Mewah, Ampang, dekat sini, pagi tadi.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun itu keluar bekerja dan meninggalkan mangsa sendirian.

Mangsa juga dikatakan mencampakkan beg pakaiannya dan cuba terjun. Ketua Balai, Skein Citbanchong, berkata pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 10.34 pagi memaklumkan ternampak seorang kanak-kanak cuba terjun melalui pintu jeriji di belakang sebuah rumah.

Katanya, tujuh anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dan terpaksa memecahkan pintu utama kediaman itu yang berkunci bagi menyelamatkan mangsa

“Anggota terus ke bahagian belakang dan memanggil mangsa sebelum dia diselamatkan dalam tempoh kurang lima minit,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa turun dan ditenangkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts