Boris Becker Bukan Lagi Jurulatih Novak Djokovic

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 07 Dec 2016 08:00:51

Novak Djokovic

LONDON: Pemain tenis nombor dua dunia, Novak Djokovic mengumumkan Boris Becker tidak lagi menjadi jurulatihnya selepas tiga tahun bersama.

Djokovic mengesahkan perpisahan dengan jurulatih dari Jerman itu dalam laman webnya, hari ini.

“Selepas tiga tahun yang amat berjaya, Boris Becker dan saya secara bersama mengambil keputusan untuk menamatkan kerjasama kami,” kata Djokovic, yang hilang ranking pemain nombor satu dunia kepada Andy Murray, bulan lalu.

“Sasaran yang kami letakkan ketika kami mula bersama kini sudah dicapai sepenuhnya dan saya berterima kasih kepadanya atas kerjasama, semangat berpasukan, dedikasi dan komitmennya,” kata Djokovic.

Djokovic, 29, menang enam daripada 12 kejuaraan Grand Slam sejak mendapatkan khidmat Becker pada Disember 2013. – AFP

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts