by Oh! Semput

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata kanak-kanak yang dipercayai berketurunan Arab itu ditemui oleh orang awam kira-kira 4.20 petang Sabtu sebelum diserahkan kepada pihak polis.
"Kanak-kanak berusia lingkungan lima hingga enam tahun itu ditemui memakai baju T berwarna hijau dan seluar pendek berwarna biru gelap serta tidak tahu bercakap bahasa Melayu atau Inggeris," katanya dalam satu kenyataan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kanak-kanak tersebut atau keluarganya boleh menghubungi Balai Polis Batu 9 di talian 03-9075 8222. - BERNAMA