by Oh! Semput
Selepas namanya dikaitkan dengan kemelut rumah tangga abang kandungnya, pelakon Shima Anuar akhirnya tampil memberikan penjelasan dan menegaskan bahawa tindakan undang-undang sedang diambil.
Menerusi perkongsian di Threads, Shima berkata dia selama ini sentiasa menjaga nama baik dirinya serta suami dan tidak gemar mencampuri urusan orang lain.
Bagaimanapun, menurutnya, kesabaran seseorang juga mempunyai batas.
“Selama ini aku jaga nama aku, jaga nama suami. Pernah nampak aku meroyan tak tentu pasal? Sibuk ambil tahu hal orang? Aku memang jenis tak suka bising-bising tetapi tahap kesabaran manusia ada batasnya.
“Satu sahaja nak pesan, hati-hati bila berkata-kata terutama kalau tak tahu pangkal cerita. Ambil iktibar dari kes-kes sebelum ini sebab nanti hujung-hujung…. Hati-hati ya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shima menegaskan dia tidak lagi akan berdiam diri selepas namanya didakwa dikaitkan dengan pelbagai tuduhan.
Malah, dia memaklumkan tindakan undang-undang sedang dalam proses dan menganggap perkara itu serius.
“Kebenaran akan terungkai tak lama lagi. Benda dah post, viral yang kau nak pun kau dah dapat. Nama aku dah busuk, dituduh kejam dan jahat. Tindakan undang-undang dalam perjalanan.
“Aku tak main-main kali ini. Tak kuasa. Aku tidak akan biarkan orang baling taik dekat muka aku,” ujarnya.
Terdahulu, bekas isteri abang Shima, Yusnani Yusof, meluahkan rasa terkilan berhubung dakwaan membabitkan anaknya, Airit.
Yusnani mendakwa Airit berdepan isu kebajikan ketika bersama bapanya dan isteri baharu, Adila Shah.
Susulan beberapa perkongsian tersebut, nama Shima turut dikaitkan selepas dia didakwa memberikan sokongan terhadap Adila.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Nama Aku Dah Busuk, Jangan Buat Taik Dekat Muka Aku” – Bekas Ipar Dedah Konflik Keluarga, Shima Anuar Tampil Pertahan Diri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.