“Saya Cabar Anda Semua Buktikan Kalau Ada!” – Zizie Izette Cabar Dakwaan Harta Pusaka RM1.17 Biliion Milik Bung Moktar

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 22 Oct 2026 03:00:52

Pelakon Zizie Izette tampil mencabar mana-mana pihak yang mendakwa Allahyarham suaminya, bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, meninggalkan harta pusaka bernilai RM1.17 bilion supaya mengemukakan bukti kukuh.

Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 48, menegaskan bahawa dakwaan mengenai kewujudan wang berkenaan dalam sebuah akaun bank tidak seharusnya disebarkan tanpa sebarang pengesahan.

Advertisement

Zizie Izette Cabar Netizen

Menerusi satu hantaran di media sosial, Zizie meminta individu yang menyebarkan dakwaan tersebut tampil dengan penyata bank serta butiran akaun sekiranya benar Allahyarham suaminya meninggalkan wang sebanyak itu.

ZI

“Kalau betul arwah suami saya tinggalkan RM1.17 bilion dalam akaun, silakan tampil dengan bukti seperti penyata bank dan butiran akaun, saya cabar tunjukkan. Percayalah, tiada siapa yang lebih gembira selain saya dan lima anak kami sekiranya perkara ini benar-benar wujud,” katanya.

Nafi Dakwaan Wujud Harta Pusaka RM1.17 Billion Milik Bung Mokhtar

Zizie turut menyifatkan khabar angin tersebut sebagai sesuatu yang sukar dipercayai memandangkan dirinya sendiri tidak mengetahui kewujudan wang sebanyak itu.

Malah, dia mempersoalkan bagaimana pihak luar boleh mendakwa mengetahui maklumat mengenai harta peninggalan Allahyarham sedangkan keluarganya sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

“Hebat betul orang luar lagi tahu daripada tuan badan sendiri yang sampai sekarang masih mencarinya jika benar ada. Janganlah main petik nama arwah sesuka hati untuk bergosip kerana arwah sudah tiada lagi untuk mempertahankan diri di dunia,” katanya.

Nasihat Jangan Sebarkan Fitnah Terhadap Individu Sudah Meninggal Dunia

Kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila membicarakan perkara yang melibatkan individu yang telah meninggal dunia.

Menurutnya, perbuatan menyebarkan dakwaan tanpa bukti bukan sahaja boleh menjejaskan nama baik Allahyarham, malah memberi kesan kepada keluarga yang ditinggalkan.

“Nak bergosip berpada-padalah, banyakkan istighfar kerana takut nanti di akhirat kena jawab satu persatu di hadapan Allah SWT. Semoga kita semua dijauhkan daripada terus terjerumus dalam dosa fitnah yang merosakkan ini,” ujarnya.

Sempat Berseloroh Kalau Benar Kaya, Tak Perlu Berniaga

Dalam perkongsian berasingan, Zizie turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan seorang individu yang menyampaikan khabar angin mengenai wang simpanan Allahyarham Bung Moktar.

Zizie mengakui terkejut dengan dakwaan itu, malah sempat berseloroh bahawa kehidupannya tentu lebih mudah sekiranya wang berkenaan benar-benar wujud.

Katanya, jika dakwaan tersebut benar, dia mungkin tidak perlu bersusah payah menjalankan perniagaan bagi meneruskan kehidupan.

“Untuk kali ini, secara jujurnya saya berharap khabar angin itu benar dan bayangkanlah sekiranya perkara tersebut memang betul-betul ada,” katanya berseloroh.

Bung Moktar Meninggal Dunia Pada Disember 2025

Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata dan turut membesarkan dua anak angkat.

Allahyarham Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember 2025 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah, akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Setakat ini, dakwaan mengenai harta pusaka bernilai RM1.17 bilion itu belum disertakan bukti yang dapat mengesahkan kewujudannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kk
2026-10-21 15:38:03

“Nama Diberi Ibu Bapa, Tapi Dijadikan Ejekan” – Ruhainies Terkilan Digelar ‘Ruhanat’ Sejak Tiga Tahun Lalu

“Saya Cabar Anda Semua Buktikan Kalau Ada!” – Zizie Izette Cabar Dakwaan Harta Pusaka RM1.17 Biliion Milik Bung Moktar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts