Musa Aman Cabut Undi PR1MA Sabah Di PWTC

by Oh! Semput


10
SHARES
134
VIEWS
Posted on 02 Dec 2016 12:01:02

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini melakukan 20 cabutan undi bagi pemilik rumah projek Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Woodford Estate, Beaufort, Sabah.

Cabutan undi hari kedua bagi projek PR1MA itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2016.

Musa turut meluangkan masa kira-kira 20 minit di ruang pameran PR1MA sambil diberi taklimat mengenai perumahan itu.

Setakat Selasa lepas, seramai 1.33 juta rakyat Malaysia mendaftar untuk memiliki kediaman PR1MA dengan sebanyak 268,993 unit kediaman telah diluluskan bagi pembinaan dan 111,267 unit sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan di seluruh negara. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts