Musa Aman Cabut Undi PR1MA

by Oh! Semput


9
SHARES
116
VIEWS
Posted on 02 Dec 2016 17:00:22


Projek Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Woodford Estate, Beaufort, Sabah

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini melakukan 20 cabutan undi bagi pemilik rumah projek Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Woodford Estate, Beaufort, Sabah.

Cabutan undi hari kedua bagi projek PR1MA itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2016.

Musa turut meluangkan masa kira-kira 20 minit di ruang pameran PR1MA sambil diberi taklimat mengenai perumahan itu.

Setakat Selasa lepas, seramai 1.33 juta rakyat Malaysia mendaftar untuk memiliki kediaman PR1MA dengan sebanyak 268,993 unit kediaman telah diluluskan bagi pembinaan dan 111,267 unit sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan di seluruh negara. – Bernama

Dalam perkembangan lain, Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran hari ini meluangkan masa melawat Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Libaran, Annabelle@Suzieana Perian di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts