by Oh! Semput
Microsoft kini mengumumkan ciri baharu yang membolehkan pemilik Xbox mendapatkan kelayakan digital untuk permainan yang dimiliki dalam bentuk cakera, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan untuk mengakses permainan dalam ekosistem Xbox.
Ciri ini akan mula diuji oleh Xbox Insiders pada 31 Ogos 2026, sebelum diperluaskan kepada lebih ramai pengguna Xbox One dan Xbox Series X dalam beberapa bulan akan datang.
Bagi mendapatkan kelayakan digital, pemain hanya perlu memasukkan cakera permainan yang disokong ke dalam konsol Xbox One atau Xbox Series X dan melancarkan permainan berkenaan. Selepas kelayakan digital dituntut, pemain boleh menikmati akses digital seperti Xbox Play Anywhere dan Xbox Cloud Gaming bagi permainan yang menyokong ciri tersebut.
Pada masa sama, cakera fizikal itu masih boleh digunakan seperti biasa. Xbox berkata kebanyakan permainan berasaskan cakera untuk Xbox One dan Xbox Series X menyokong ciri baharu ini, namun tidak semua judul akan tersedia ketika pelancaran.
Your physical game library is more than a collection of discs. It holds years of memories and stories worth preserving. Starting next week, XBOX Insiders can unlock a digital entitlement for supported physical games. We’ll start with thousands of titles and add more as we can. pic.twitter.com/XATsa8sjBt
— ASHA (@asha_shar) August 26, 2026
Menurut Xbox, ciri tersebut akan dimulakan dengan ribuan judul sebelum lebih banyak permainan ditambah dari semasa ke semasa.
Pengumuman ini hadir ketika industri permainan semakin bergerak ke arah format digital. Sony sebelum ini mengesahkan pengeluaran cakera fizikal untuk permainan baharu PlayStation akan dihentikan mulai Januari 2028, dengan permainan baharu selepas tarikh tersebut ditawarkan dalam format digital sahaja.
{suggest}
Xbox Umum Ciri Cakera Ke Digital – Pemilik Permainan Fizikal Kini Boleh Tebus Kelayakan Digital WISER.MY.