Capik Lalat Mengaku Pernah Pukul Bekas Isteri, Pendakwah Tampil Beri Teguran – “Lelaki Dayus”

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 29 Aug 2026 06:31:08

Pendakwah bebas, Fakhru Shah tampil memberikan teguran kepada pempengaruh Shafiq Nizam atau lebih dikenali sebagai Capik Lalat susulan kemelut rumah tangganya bersama bekas isteri.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fakhru memetik pengakuan Capik Lalat yang mendakwa pernah memukul bekas isterinya sebanyak dua kali, masing-masing sebelum dan selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Menurut Fakhru, wanita perlu lebih berhati-hati ketika memilih pasangan hidup, khususnya dengan mengutamakan lelaki yang mampu mengawal emosi.

“Kalau nak cari pasangan, jangan cari yang jenis ringan tangan. Jenis yang suka pukul.”

Dalam pada itu, Fakhru turut menyifatkan lelaki yang melakukan perkara tersebut sebagai dayus dan menegaskan bahawa teguran terhadap isteri perlu dilakukan dengan cara yang betul.

“Lelaki begini adalah dayus. Nak tegur isteri tak salah sekiranya dia membuat kesalahan.”

Fakhru Jelaskan Cara Menegur Isteri

Fakhru kemudian berkongsi tiga pendekatan yang menurutnya diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam menangani isteri yang melakukan kesalahan.

“Yang pertama nabi ajar, dengan teguran. Jika tak jalan, baru kita pisahkan tempat tidur.”

“Kalau masih tiada perubahan, baru kita pukul. Tapi pukul sepertimana nabi ajarkan kepada kita.”

Beliau turut menjelaskan bahawa pukulan yang dimaksudkan tidak seharusnya menyebabkan kecederaan atau kemudaratan kepada isteri.

“Pukulan yang tidak mencederakan, yang tidak memudaratkan isteri.”

Kemelut Rumah Tangga Capik Lalat Jadi Perhatian

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Capik Lalat bersama bekas isterinya menjadi perhatian selepas kedua-duanya dilihat saling berbalas kenyataan menerusi media sosial.

Capik Lalat turut berkongsi beberapa sebab yang didakwa mendorongnya mengambil keputusan untuk berpisah, termasuk mendakwa bekas isterinya sebagai seorang yang pemalas dan pengotor.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-08-28 12:43:26

Pencinta Haiwan 'Naik Angin' Lihat Ameera Khan Beri Kucing Makan Coklat, Tuan Badan Beri Penjelasan

Capik Lalat Mengaku Pernah Pukul Bekas Isteri, Pendakwah Tampil Beri Teguran – “Lelaki Dayus” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts