by Oh! Semput
Pelajar cemerlang Sijil , Fakhrul Iman Zainudin mencuri perhatian apabila berjaya meraih 11A+ dalam SPM 2025 selain merupakan hafiz 30 juzuk Al-Quran.
Menerusi perkongsian daripada Pengerusi Majlis Amanat Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi di Facebook, beliau telah memaklumkan telah menerima kunjungan Fakhrul bersama ibu bapanya di Ibu Pejabat UMNO di WTC bagi mendapatkan maklumat mengenai pembiayaan pelajaran MARA.

Menurut Asyraf, melihat kepada keputusan cemerlang anak peniaga pisang goreng berkenaan, beliau terus mencadangkan untuk Fakhrul menyertai program khas ke Jordan yang disediakan MARA bagi pelajar tahfiz untuk mendalami bidang Syariah serta pengkhususan dalam ekonomi dan kewangan Islam.
Beliau turut berkongsi pengalaman dalam bidang berkenaan bagi membuka minda Fakhrul agar tidak hanya tertumpu kepada Syariah semata-mata, sebaliknya melihat potensi dalam kewangan Islam yang semakin berkembang.

Artikel lain: Raih 11A+ dalam SPM, anak peniaga pisang goreng dapat perhatian Pengerusi MARA
Asyraf juga sempat menguji bacaan hafazan Fakhrul memandangkan pelajar terbabit merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Telok Kemang, Port Dickson dan memberikan sedikit sumbangan kepadanya serta ibu bapa atas kejayaan yang dikecapi.
: Facebook Asyraf Wajdi