China Perkenal Tren Autonomi Dengan Keupayaan Buat Keputusan Sendiri

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 28 Sep 2026 11:00:11

China baru-baru ini telah memperkenalkan tren metro autonomi baharu bernama VELLINK di pameran teknologi rel InnoTrans Berlin, Jerman.

Tren ini dibangunkan oleh CRRC (Changchun Railway Vehicles Co) berdasarkan platform teknologi metro standard China yang menggabungkan kecerdasan terintegrasi dengan teknologi hijau dan digital.

Memiliki lebih 600 sensor, kamera dan radar, VELLINK mampu memantau keadaan mekanikal dan landasan secara masa nyata, mengesan kerosakan lebih awal, serta memberi amaran sebelum berlaku kegagalan sistem.

Dari segi reka bentuk, jurutera berjaya mengurangkan berat tren sebanyak 18% melalui penggunaan bahan ringan dan integrasi sistem.

Hasilnya, penggunaan tenaga menurun 10% dan pelepasan karbon sepanjang hayat tren berkurang 15% berbanding model lama.

Keupayaan autonomi tren ini yang diperkasa dengan algoritma AI membolehkan ia membuat keputusan sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada pusat kawalan.

Ia bukan sekadar menerima arahan, tetapi mampu mengoptimumkan operasi secara proaktif, menjadikan VELLINK dilihat sebagai pengangkutan bandar masa depan yang lebih efisien, selamat dan mesra alam.

{suggest}

China Perkenal Tren Autonomi Dengan Keupayaan Buat Keputusan Sendiri WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts