Terdapat banyak cara seorang lelaki boleh melamar teman wanitanya. Dia boleh menghabiskan masa beribu-ribu ringgit untuk meraikan hari istimewa, menulis surat cinta yang mempunyai mesej tersirat, atau sekadar menghulurkan cincin dan melamarnya selepas makan malam.
Salah satu cara lagi adalah dengan memberi teman wanita memakai cincin pertunangan tanpa dia menyedarinya. Itu yang telah dilakukan oleh seorang lelaki bernama Terry dari Australia.
Terry dan Anna telah menjalin hubungan lebih dari dua tahun. Setelah mengenalinya selama lapan bulan, Terry cuba untuk melamar Anna, namun dia mendapat idea yang paling kreatif. Pada hari ulangtahun pertama perkenalan mereka, Terry telah menghadiahkan Anna seutas rantai yang mempunyai loket dari kayu pain yang dibuatnya sendiri.
Kayu pain ini adalah dari jenis Huon pain, yang berasal dari Tasmania. Anna memakai rantai itu tanpa menyedari Terry telah merahsiakan terdapat sesuatu yang bernilai didalamnya.
Daripada video yang dipaparkan, Anna memakai rantai itu sepanjang masa selama lebih dari setahun.
Walaupun Anna sentiasa memakainya, Terry tetap bimbang jika Anna akan menjual atau kehilangan rantai hadiahnya itu. Pernah sekali, Terry dan Anna melepasi sekuriti lapangan terbang, dan mereka bernasib baik kerana sekuriti tidak meminta Anna menanggalkan rantai itu. Jika tidak, ia pasti menjadi acara lamaran di lapangan terbang.
Pada November 2016, Terry membawa Anna ke kawasan terpencil, Gua Smoo di Scotland. Semasa melamar Anna, Terry mengambil rantai tersebut dari Ana dengan alasan untuk mengambil gambar dengan batu-batuan, tetapi dia membuka loketnya dengan pisau. Reaksi Anna? Sangat terkejut dan bersyukur kerana tidak hilangkan rantai itu.
Terry telah menghasilkan sebuah video di Youtube untuk berkongsi pengalaman mereka dalam proses pertunangan ini. Ada yang memberi pujian kerana kreativitinya, tapi ada juga penonton yang mengecam hebat perbuatan mereka.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian selepas memuat naik satu video yang memaparkan Datuk Seri Vida menghidangkan nasi kerabu kepadanya.Menerusi hantaran di Instagram, Fazley menulis ucapan ringkas dan berahsia buat Vida atau
Seorang lelaki berusia 47 tahun meninggal dunia selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu sebelum kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 5.1 Jalan Kota Tinggi-Kluang, awal pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam
Satu dakwaan mengenai urusan pengebumian jenazah tular selepas ahli keluarga arwah mendakwa proses pengkebumian tertangguh lebih sejam susulan isu berkaitan permit kubur dan perkhidmatan pengurusan jenazah.Menurut sumber ahli keluarga arwah dan pasukan p
Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak kira-kira 30 meter dari sebuah jejambat apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah Proton X50 yang dipercayai hilang kawalan di Kilometer 15.8 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), petang semala
Seorang gelandangan warga asing ditahan selepas dipercayai merosakkan sebuah kenderaan milik polis dengan membaling objek keras dalam kejadian di hadapan Hotel Kingston, Jalan Hang Lekiu, kelmarin.Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuz
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di tingkat 24 sebuah kondominium di Teluk Kumbar, lewat malam tadi.Mangsa ditemukan oleh orang awam di tingkat lima bangunan berkena
Pelakon Zara Zya mendedahkan dia tidak lagi akan menerima sebarang tawaran membawakan watak sebagai penyondol atau orang ketiga selepas menjayakan karakter Dhia dalam drama Luka Di Hujung Setia.Menurut pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin,
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, enggan mengulas lanjut mengenai perancangan perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah buat masa ini.Menurut Syed Saddiq, 33, fokus utamanya kini tertumpu kepada keputusan rayuan akhir yan
KUANTAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar kegiatan melombong mineral bauksit dipercayai diusahakan secara haram hasil serbuan dilakukan di kawasan sebuah ladang kelapa sawit di Felda Bukit Goh di sini pada Khamis.Komander Briged Tenggara Pasuka
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan mengulas lanjut mengenai perancangan perkahwinannya bersama Bella Astillah selagi keputusan rayuan akhir kes membabitkan tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkata