Cincin Pertunangan Selebriti Termahal Dalam Sejarah

by Oh! Semput


8
SHARES
102
VIEWS
Posted on 14 Jan 2021 02:30:20

Tiada apa yang lebih memukau daripada cincin pertunangan selebriti Hollywood!

Sang jejaka tidak mahu ketinggalan menunjukkan kepada dunia betapa mereka menghargai wanita pujaan hati, lalu menghadiahkan cincin dengan nilai paling tinggi agar pasangan rasa dicintai.

Walaupun terdapat banyak cincin pertunangan memukau yang disarung selebriti, EH! senaraikan 10 termahal mengikut satu kajian daripada Est1897.

MARIAH CAREY

Pada 2016, David Packer melamar ikon muzik ini dengan cincin berlian potongan zamrud 35-karat yang bernilai kira-kira USD10 juta (RM40 juta). Pasangan tersebut berpisah tujuh bulan kemudian dan menurut satu laporan, Mariah telah pun menjual cincin itu.

Foto: Matt Baron/Shutterstock

ELIZABETH TAYLOR

Secara teknikalnya, batu permata legenda potongan asscher ini bukanlah cincin pertunangan, ia diberikan oleh Richard Burton kepada Elizabeth empat tahun selepas mereka berkahwin pada 1964. Ia dihadiahkan dalam bentuk berlian asli 33-karat, yang kemudian dijadikan cincin pada 1968. Ketika berlian tersebut dilelong selepas kematian pemilik Vera Krupp, Richard membelinya pada harga USD307,000 (RM1.2 juta). Kini ia dikatakan bernilai USD8.8 juta (RM36 juta).

foto: ANl/shutterstock

BEYONCE

Queen Bey dihadiahkan cincin batu permata yang cukup indah sewaktu dilamar oleh Jay-Z pada tahun 2007. Cincin potongan zamrud 18-karat ini dianggarkan bernilai USD5 juta (RM20 juta).

foto: Gregory Pace/BEI/Shutterstock

JENNIFER LOPEZ

J.Lo merupakan antara selebriti A-list (sebaris dengan Elizabeth Taylor) yang memiliki lebih daripada satu cincin pertunangan. Tetapi yang paling mahal adalah yang terkini, hasil lamaran tunangnya, Alex Rodriguez. Bernilai kira-kira USD4.5 juta (RM18 juta), cincin potongan zamrud 20-karat itu sememangnya mempesona.

foto MediaPunch/Shutterstock; Jason Merritt/Radarpics/Shutterstock

GRACE KELLY

Bintang Rear Window ini menerima lamaran Putera Rainier II dari Monaco sewaktu lawatan ke kampung halaman Grace di Philidephia, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Namun, cincin lamaran sebenar bukanlah seperti apa yang kita lihat hari ini. Menurut Brides, Putera Rainier menyerahkan cincin eterniti bertakhta batu rubi dan berlian dari pusaka keluarga. Ketika Grace memulakan penggambaran High Society, pereka kostum mahu membuat cincin palsu untuk filem tersebut. Sebaliknya, Putera Rainier memberi tawaran untuk membelikan cincin kedua buat Grace. Direka oleh Cartier, ia merupakan cincin permata potongan zamrud 10-karat yang diapit oleh dua batu potongan baguette bernilai kira-kira USD4.06 juta (RM16.5 juta).

foto Clarence Sinclair Bull/Mgm/Kobal/Shutterstock

KIM KARDASHIAN

Malangnya, cincin bernilai USD4 juta (RM16 juta) pemberian Kanye West ini dicuri pada 2016 ketika bilik hotel Kim dipecah masuk oleh perompak sewaktu Minggu Fesyen Paris berlangsung. Direka oleh Lorraine Schwartz, cincin potongan zamrud dengan batu 15-karat itu cukup memukau. Sebagai penghormatan kepada cincin asli, pereka barang kemas tersebut mencipta replika cincin yang sama.

foto Evan Agostini/Invision/AP/Shutterstock; Evan Agostini/Invision/AP/Shutterstock

JENNIFER LOPEZ

Sebelum Alex Rodriguez, J.Lo pernah dilamar oleh penyanyi bersuara emas, Marc Anthony dengan cincin berlian biru potongan princess 8.5 karat rekaan Harry Winston. Menurut anggaran terkini, ia bernilai kira-kira USD3.8 juta (RM15.4 juta).

foto: Stewart Cook/Shutterstock

CARDI B

Cincin pemberian Offset kepada penyanyi WAP ini antara yang paling unik dalam senarai. Dengan anggaran kira-kira USD3.75 juta (RM15.2 juta), berlian bentuk pear 8-karat ini sememangnya menyerlah.

foto: Broadimage/Shutterstock

 MELANIE TRUMP

Bernilai kira-kira USD3 juta (RM12 juta), cincin pemberian Donald Trump kepada bekas model ini sangat menarik perhatian.

foto: Gregory Pace/BEI/Shutterstock

VICTORIA BECKHAM

David Beckham menghadiahkan pereka fesyen British ini beberapa cincin untuk membuktikan cinta, termasuk cincin potongan marquise ketika dia menghulurkan lamaran pada 1998. Namun yang paling mahal adalah yang berbentuk pear 17-karat dengan nilai kira-kira USD2.5 juta (RM10 juta).

foto: London Entertainment/Shutterstock

Foto: USmagazine

Baca: 5 Pasangan Hollywood Yang Bertunang Ketika Pandemik Covid-19

Cincin Pertunangan Selebriti Termahal Dalam Sejarah EH!.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts