by Oh! Semput
Anthropic mula menghalang Claude Code daripada melakukan pengklonan permainan video dan kejuruteraan balikan bagi menghasilkan aplikasi baharu. Pengguna Claude mula menyedari halangan ini diaktifkan sejak 27 Oktober lalu dengan pada awalnya ia menyekat usaha pengguna yang cuba menulis semula perisian TV pintar Android bagi membuang aplikasi gendut.

Anthropic mengesahkan bahawa mereka menambah halangan ini bagi mengurangkan pelanggaran harta intelek (IP). Menurut jurutera Anthropic, Addy Osmani, Claude masih boleh digunakan untuk membina permainan video asli, membina permainan berdasarkan genre tertentu dan membina permainan berdasarkan aset serta reka bentuk asli pengguna.
Bulan lalu Claude digunakan untuk menjalankan permainan cetak rompak PS2, PS3, PS4 dan PS5 terus daripada konsol. Aplikasi alternatif sumber terbuka Adobe Creative Suite, dan Microsoft Office juga telah dihasilkan menggunakan ciri kejuruteraan balikan oleh Claude.
Sekatan besar kemungkinan dikenakan oleh Anthropic bagi mengelakkan mereka disaman oleh pemilik IP kerana menawarkan alat untuk mencetak rompak permainan video dan perisian yang sah.