by Oh! Semput
This is an overall of the climb to the summit of Mount Kinabalu via the new Kota Belud Trail (will be open to public soon). You can jump to 3:27 to see Kota Belud Trail if you don’t want to watch the climb from the beginning (at Timpohon Gate starting point).
You will see that Kota Belud trail is more challenging than the standard Ranau Trail. Hope this will help you to decide whether to use this new trail. If in doubt, just go for Ranau trail, which is more tourist friendly.
The key “actress” in this video is Cassie, who had climbed Mt. Kinabalu many years ago. She attempted her second climb with us. However, she got bogged down by the bad weather and exhaustion. Did she make it to the summit? I’ll let you to find out in the video. – Kredit : Murphy Ng
Merasai sendiri pengalaman menawan puncak Gunung Kinabalu melalui laluan baharu
Kepada pendaki yang belum pernah menggunakan laluan baharu ini untuk sampai ke puncak gunung Kinabalu, saksikan video ini sampai habis kerana ini adalah gambaran sebenar yang dikongsi salah seorang pendaki di laluan baharu Kota belud Trail yang bermula pada minit ke 3:27.
Apa yang menariknya adalah ia lebih mencabar daripada laluan sedia ada Ranau Trail serta pendaki akan dapat melihat pemandangan berbeza daripada apa yang dikongsikan sebelum ini.
Selepas menonton video ini anda pasti sudah boleh membuat keputusan untuk memilih samaada Ranau Trail atau Kota Belud Trail untuk menawan puncak gunung Kinabalu.
Info Tambahan: Laluan pendakian baharu ke puncak Gunung Kinabalu yang dinamakan sebagai “Kota Belud Trail” akan dibuka kepada orang awam mulai Jumaat ini, 09/12/2016 .
Majlis pelancaran pembukaan laluan ini akan disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun. – SMS News Portal
Gambar di sekitar laluan baharu Kota Belud Trail