Xbox Cloud Gaming Hadir Sebagai Langganan Mengikut Masa

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 22 Oct 2026 07:00:33

Perkhidmatan penstriman Xbox Cloud Gaming bukanlah sesuatu yang baru, tetapi sehingga kini, ia hanya ditawarkan melalui pelan langganan Xbox Game Pass Ultimate. Microsoft akan menawarkan perkhidmatan penstriman permainan video tersebut secara kendiri melalui langganan mengikut masa.

Langganan ini akan bermula pada bulan November 2026, tetapi mereka yang sudahpun mendaftar untuk program Xbox Insider akan boleh mengaksesnya bermula hari ini. Langganan boleh dibayar mengikut masa, dengan langganan termurah hadir pada harga $3.99 untuk 10 jam permainan, $7.99 for 25 jam dan $11.99 untuk 50 jam.

Untuk mereka yang sudahpun mempunyai langganan Xbox Game Pass Ultimate, mereka akan menerima tempoh permainan 15 jam untuk percuma, dimana mereka akan perlu membayar untuk masa tambahan sekiranya mereka mahukannya. Pelanggan Game Pass Premium dan juga Game Pass Essential juga akan menerima tempoh permainan 10 jam dan 5 jam secara percuma.

Langganan ini membolehkan pemilik konsol lama seperti Microsoft Xbox One untuk menggunakan konsol tersebut untuk memainkan permainan-permainan terbaru yang hanya ditawarkan pada konsol Xbox Series X dan S yang lebih baru.

Microsoft mengatakan bahawa perkhidmatan penstriman permainan ini dipisahkan dan hadir dengan langganannya sendiri kini kerana semakin ramai pemain menggunakan perkhidmatan tersebut, dan kos untuk menampung perkhidmatan awanan ini dilihat semakin tinggi.

Microsoft juga mengatakan bahawa pada bulan November kelak, mereka akan membuat pengumuman lanjut mengenai penambahan masa permainan, permainan-permainan video yang disokong dan penawaran pasaran tambahan.

: Xbox Wire

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts