Anak comel warga Malaysia ditawar model Norway

by Oh! Semput


11
SHARES
147
VIEWS
Posted on 19 May 2017 06:01:24

Maimunah (kiri) dan Adinda yang beribukan warga Malaysia mendapat tawaran sebagai model pakaian kanak-kanak. — Foto ihsan Instagram/Super SomethingMaimunah (kiri) dan Adinda yang beribukan warga Malaysia mendapat tawaran sebagai model pakaian kanak-kanak. — Foto ihsan Instagram/Super SomethingPETALING JAYA, 19 Mei — Dua kanak-kanak keturunan warga Jerantut, Pahang ditawar sebagai model pakaian kanak-kanak Norway.

Wajah comel dan rambut perang Maia Sofie Maimunah Oestreich dan adiknya Adinda Freyja Zainab Oestreich menarik minat jenama pakaian Nostebarn.

Maimunah, 6, atau dipanggil Munah sahaja dan Adinda, 2, anak campuran Melayu dan Norway, lapor mStar Online.

Ibu mereka Ardiana Abdul Azam, 34, berkata Munah gemar menyanyi lagu klasik, Suriram dan boleh berbahasa Melayu dan Inggeris.

“Setakat ni, Munah sahaja yang fasih sedikit bahasa Melayu. Memang dia ada pelat sedikit tapi itu perkara biasa,” katanya.

Ardiana dan keluarganya kini menetap di Bergen, Norway sejak lapan tahun lalu.

Beliau menamakan anaknya dengan nama Melayu sempena nama dua arwah nenek mereka.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts