Bayi Yang Lahir Di Negeri Pahang Hari Ini Dapat Nombor MyKid Cantik 26062606xxxx, Bertuah Jatuh Pada Hari Asyura 10 Muharam

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 26 Jun 2026 16:32:11

PETALING JAYA: Kelahiran bayi pada hari ini, 26 Jun 2026, bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa, malah turut mencuri perhatian pengguna media sosial berikutan keunikan kombinasi nombor kad pengenalan (MyKid) yang bakal diterima mereka.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh Jpnppofficial berkata, bayi yang bakal lahir di negeri Pahang hari ini akan memiliki nombor kad pengenalan yang nombor cantik dan tersusun iaitu 26062606xxxx.

“Senang lah nak ingat nombor kad pengenalan anak masing-masing,” katanya pada hantaran tersebut.

Menurut Ninayeoz, dia menyifatkan bayi yang dilahirkan pada tarikh tersebut sebagai bertuah kerana hari kelahiran mereka turut jatuh pada hari Asyura bersamaan 10 Muharam.

“Untung bayi yang lahir hari ini, nombor cantik dan nak ingat pun senang. Ditambah pula hari ini 10 Muharam, hari Asyura lagi. Bertuah adik,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi susunan nombor kad pengenalan mereka yang juga unik.

“Suami saya pula banyak 91111111xxxx, setiap kali nak isi borang mesti kena kira nombor 1 tu cukup ke tak ada tujuh angka,” kata Idayunuratiqah.

“Jangan bagi idea, nanti ada mak yang paksa teran bayi keluar hari ini. Tengah masak tahu-tahu keluar bayi tu,” seloroh Dess679. #kosmo! 

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts