by Oh! Semput
COROS secara rasmi melancarkan jam tangan pintar sukan terbaharunya, COROS PACE 4 Pro, di pasaran Malaysia.
Peranti ini yang merupakan versi naik taraf daripada PACE 4 menampilkan beberapa peningkatan termasuklah penggunaan batu nilam (sapphire) melindungi skrin, saiz paparan AMOLED lebih besar iaitu 1.47 inci dengan kecerahan puncak sehingga 3,500 nit serta bingkai jam daripada titanium.

Reka bentuk yang nipis (11.8mm) dan seringan 43 gram sahaja (bersama tali nilon), menjadikannnya selesa dipakai seharian mahupun untuk apa jua aktiviti yang anda lakukan.
Dari segi prestasi, PACE 4 Pro menawarkan sehingga 60 jam penjejakan GPS dan hayat bateri harian sehingga 21 hari.
Peningkatan kapasiti RAM dua kali ganda berbanding model terdahulu turut membolehkan navigasi pemetaan laluan beroperasi secara lebih pantas dan responsif.

Selain itu, ia turut dilengkapi mikrofon dan pembesar suara terbina dalam bagi sokongan nota suara, serta pemantauan kesihatan menyeluruh merangkumi kadar denyutan jantung, oksigen darah, dan sensor ECG.
COROS PACE 4 Pro kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM1,999 menerusi kedai dalam talian rasmi dan peruncit sah terpilih.
Beli barisan produk COROS dari stor rasmi di:
{suggest}
COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999 WISER.MY.