by Oh! Semput
Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled tampil memohon maaf selepas video ulasannya berkaitan kes melibatkan seorang pembantu rumah dan majikan menjadi tular serta mengundang kritikan ramai.
Menerusi satu hantaran di Threads, Aisar mengakui beliau tidak membuat penelitian yang mencukupi sebelum berkongsi pandangannya mengenai isu tersebut sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

Sebelum ini, Aisar menerima kecaman daripada netizen yang mendakwa beliau bersikap berat sebelah kerana membuat kesimpulan tanpa meneliti keseluruhan fakta berkaitan kes berkenaan.
Dalam hantaran sama, Aisar turut menjelaskan bahawa beliau percaya setiap individu berhak dilayan dengan maruah dan rasa hormat tanpa mengira latar belakang atau peranan masing-masing.
Terdahulu, pempengaruh yang popular di Indonesia itu memuat naik video ulasan mengenai kejadian melibatkan pembantu rumah dan majikan di beberapa platform media sosial miliknya.
Meskipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, video berkenaan dilaporkan masih belum dipadam daripada platform tersebut setakat ini.
: Instagram aisarkhaledd, Thread aisarkhaledd